Tuesday 16 December 2014

Masa Berlalu

Pada pagi ini aku terdetik hati untuk menulis kembali di dalam blog aku yang segan hidup mati tak mahu ini. Tujuan dan niat asal mewujudkan blog ini seolah-olah telah terkubur sekian lamanya. Terlalu banyak kerenah kehidupan yang telah aku lalui sepanjang blog ini menyepi. Namun aku tidak menyepi dalam hidupku, kehadiran puteri kesayanganku Qisya pastinya menambah beribu seri dalam rencah hidup bersama isteri tercinta.

Selepas ini aku akan cuba untuk memuatkan bahan ilmiah di dalam blog ini terutama dalam bidang matematik dan juga sebarang ilmu yang wajar dikongsikan bersama. InshaAllah mudah-mudahan niatku ini dipermudahkanNya. Ayuh lakukan perubahan dalam diri untuk keluarga, masyarakat dan negara.

Monday 6 June 2011

Persiapan Kawen..

Sedar tak sedar fasa kehidupan berlalu begitu pantas...dari zaman sekolah, Kolej, universiti, maktab hingga zaman pekerjaan sekarang sebagai seorang guru di SMK Batu Sepuluh.

Tapi sekarang dah nak kawen (walaupun ada 3 bulan lagi sebelum tarikh akad) hehe tak sabar nie tue yang tulis kat blog nie. Bermacam persiapan perlu disediakan dan disiapkan. Maka yang paling penting adalah duitla apa lagi..hehe..macam-macam nak kene beli nak kene tempah nak buat duit hantaran lagi.

Barang-barang hantaran setakat nie Alhamdulillah banyak yang dah beli cume dua tiga barang lg yang masih dalam pemerhatian, kain untuk buat baju akad nikah dan sanding dah beli cuma nak tempah aje belum..Kad kawen dalam proses nak tempah. Kene merancang Honeymoon lagi(penin2).

Kesimpulannye memang tak sabar nak kawen, syukur parents ako takda halangan ako nak kawen tahun nie jugak..:)..Selain persiapan material dan fizikal (yela badan nak kene jaga, kulit nak kene cun baru nanti masa kenduri nampak anggun :P) persediaan dalaman iaitu dari segi tanggungjawab sebagai suami nanti, iman yng mantap untuk menjadi ketua keluarga kelak. Hmm berat sgt memikirkannya tapi memang perlu pupuk dari sekarang agar dapat menjamin keluarga yang ideal kelak.

Lagi satu yang penting adalah menjana pendapatan yang lebih mantap bagi menghadapi keadaan semasa yang semuanya naik skang nie(gaji aje yg susah nak naik tue yg risau tue)..maka perlulah menambah pendapatan yang sedia ada. Peluang ada sekarang nie cuma perlu ditambahkan usaha..Harap-harap menjadi...doakan perancangan perkahwinan ako nie berjalan lancar ye semua..Amin.

Persiapan Perkahwinan

Nor Bazil Bin Md Nazri dan Zharif Nadirah Binti Zulkurnain

Thursday 15 July 2010

World Cup Dah Abes...

Waahhh....World Cup dah abes...final match between Belanda(oranje) with Spain were bit boring...as usual spain control better part of the game...Tapi ako paling sedey sebab Germany tak dapat jadi juara untuk world cup kali nie...Germany are my faveret teams for the last 4 world cup series...

Ape pun Germany masih berpeluang cerah pada world cup akan datang kerana barisan pemain pada piala dunia kali ini masih muda belaka...antaranya..mueller, ozil, metsesacker dan lain-lain...taktikal Germany adalah terbaik..gol jaringan spain sngt mengecewakan ako..just one goal that done the damage to Germany...

Hmm lepas nie tidak perlu lagi nak bangun kul 230 pagi and berjaga sampai 430 pagi untuk tgk bola lagi...kecuali kalo teringin nak tgk champions league kelak..hehehe...Sekarang boleh lebih fokus untuk masuk mengajar,...nanti dah masuk skola tue baru ada idea n gambar nak post kat cnie rasanya....

Nie nak promote page elzabutikmaya di facebook....harap2 berminat boleh buat tempahan..bulan ramadhan dah nak tiba...syawal kan menjelma....:)

click here




Friday 25 June 2010

Latest on Me...

Sudah begitu lama ako tak berblogging nie rasanya dah setahun blog ako nie tak hidup-hidup.
Bak kata orang segan mati hidup tak mahu or segan hidup mati tak mahu.
Sekarang ako dah selesai kursus KPLI dan juga KISSM so maknanya skrang nie ako menunggu posting di mana ako akan ditugaskan. Dalam borang aritue ako mintak penempatan di Perak negeriku yang tercinta untuk mengotakan permintaan emak tersayang. Selalunya permintaan ibu nie makbul so ako rasa ako memang dapat kat Perak tapi tak tahu kat mana ceruknye.

Life skang ok mesra aje walaupun duit kat bank dah merah tanda arasnye maklumla elaun dah tak dapat dah so menanti duit gaji ajela nie. InsyaAllah berusaha cari customer untuk Etiqa Takaful nie so kawan-kawan marilah menyokong saya dengan mengambil pelan Etiqa takaful dari saya.

Harap sangat tujuan blog ini untuk memberi ilmu dapat ako laksanakan terutama dalam bidang ako Matematik so at least dapat digunakan oleh bakal murid-murid ako nanti.

Ape pun skang nie sampai 12 Julai 2010 adalah musim demam seluruh dunia berada dalam demam iaitu Demam Piala Dunia. Maybe dalam post seterusnya ako sentuh pasal piala dunia tapi keputusan malam nie Brazil vs Portugal berkesudahan dengna keputusan seri 0 - 0 boring....:P...

Selamat ber World Cup.

Friday 19 June 2009

Things to do before graduation.

1. Setelkan pasal shipping barang2 yang tak muat nak masuk luggage bag (i.e files, notes, books, dvd, elctronics).

2. Pastikan pegi keje setiap hari mulai hari ini sampai hujung bulan jangan ponteng lagi.

3. Kenapa elaun ako tak masuk lagi tapi orang lain dah dapat. Jadi bila dah dapat elaun bole beli UKC sourvenir ( hoodies, teddy, bag and graduation ring ).

4. Shopping mopping ape yang patut sebelum balik ape yang rasa berbaloi angkat (ikut bajetla huhu ).

5. Pergi reunion Intec kat Nottingham bulan Julai nanti.

6. Tempah bilik kat malaysian hall untuk jalan2 bersama Mak n Along di London.

7. Mencuci dan membersihkan rumah sebelum jemput Mak n Along kat airport.

8. Jemput Mak n Along kat heathrow on 9th July.

9. Jejalan around Kent and Canterbury and might buy a suit for graduation.

10. Tour in London with Mak n Along.

11. Bergraduasi on 16th July 2009. Merdeka.

12. Syukur ke hadrat Illahi atas kurniaanMu dan ako sangat bergembira untuk rakan2 yang lain yang berjaya bersama mendapat segulung ijazah tidak lama lagi.

13. Tahniah Buat Rakan2 Yang Lain. ( We Made It ).

Sunday 31 May 2009

CHELSEA WON THE FA CUP..

1. Betapa gembiranya ako Chelsea berjaya juga mendapat satu piala sejak musim lepas yang berakhir dengan begitu sadis skali impak kekalahan di final Champions league kepada Man U. (We are always unlucky..:P)

2. Kemenangan 2-1 ke atas Everton FC begitu bermakna buat Chelsea dan juga pengurus sementara Chelsea Guus Hiddink. Walaupun Chelsea ketinggalan begitu awal pada saat ke-25 hasil gol mengejut dari Louis Saha namun ketajaman tandukan Drogba telah menyamakan kedudukan pada pertengahan separuh masa pertama dan Chelsea terus mendominasi permainan sehingga tamat separuh masa pertama yang berkesudahan 1-1.

3. Di separuh masa kedua Chelsea sekali lagi mendominasi permainan dan beberapa peluang tercipta namun masih gagal untuk membolosi gawang Everton. Namun serangan Chelsea berhasil apabila Frank Lampard menjaringkan gol kedua Chelsea dan akhirnya membaeri kemenangan kepada Chelsea sehingga tamat permainan.

4. Ako seronok sangat kira terubatla luka kesedihan impak dari tersingkir dari Champions league kepada Barcelona walaupun Chelsea sepatutnye layak ke final namun kesilapan pengadil telah merampas peluang Chelsea ke final.

5. Dengan harapan musim depan Chelsea lebih kuat dan mantap so ble sapu sume silverware buat sejarah baru plak. Chelsea will Triumph.

Wednesday 20 May 2009

Layan lagu nasyeed nie..best gak...

1. Secara tak sengaja terjumpa lagu nasyeed nie kat YouTube...layan gak dengar lagu nie.

2. Penyanyi die Muhammad Al Husayyan tajuk Mawlay.

layan....



3.Best kan..hehe. Ako nak study nie exam tak abes lagi. Hehe harap sume berjalan lancar untuk ako dengan kehendakNya.