Friday 19 June 2009

Things to do before graduation.

1. Setelkan pasal shipping barang2 yang tak muat nak masuk luggage bag (i.e files, notes, books, dvd, elctronics).

2. Pastikan pegi keje setiap hari mulai hari ini sampai hujung bulan jangan ponteng lagi.

3. Kenapa elaun ako tak masuk lagi tapi orang lain dah dapat. Jadi bila dah dapat elaun bole beli UKC sourvenir ( hoodies, teddy, bag and graduation ring ).

4. Shopping mopping ape yang patut sebelum balik ape yang rasa berbaloi angkat (ikut bajetla huhu ).

5. Pergi reunion Intec kat Nottingham bulan Julai nanti.

6. Tempah bilik kat malaysian hall untuk jalan2 bersama Mak n Along di London.

7. Mencuci dan membersihkan rumah sebelum jemput Mak n Along kat airport.

8. Jemput Mak n Along kat heathrow on 9th July.

9. Jejalan around Kent and Canterbury and might buy a suit for graduation.

10. Tour in London with Mak n Along.

11. Bergraduasi on 16th July 2009. Merdeka.

12. Syukur ke hadrat Illahi atas kurniaanMu dan ako sangat bergembira untuk rakan2 yang lain yang berjaya bersama mendapat segulung ijazah tidak lama lagi.

13. Tahniah Buat Rakan2 Yang Lain. ( We Made It ).

Sunday 31 May 2009

CHELSEA WON THE FA CUP..

1. Betapa gembiranya ako Chelsea berjaya juga mendapat satu piala sejak musim lepas yang berakhir dengan begitu sadis skali impak kekalahan di final Champions league kepada Man U. (We are always unlucky..:P)

2. Kemenangan 2-1 ke atas Everton FC begitu bermakna buat Chelsea dan juga pengurus sementara Chelsea Guus Hiddink. Walaupun Chelsea ketinggalan begitu awal pada saat ke-25 hasil gol mengejut dari Louis Saha namun ketajaman tandukan Drogba telah menyamakan kedudukan pada pertengahan separuh masa pertama dan Chelsea terus mendominasi permainan sehingga tamat separuh masa pertama yang berkesudahan 1-1.

3. Di separuh masa kedua Chelsea sekali lagi mendominasi permainan dan beberapa peluang tercipta namun masih gagal untuk membolosi gawang Everton. Namun serangan Chelsea berhasil apabila Frank Lampard menjaringkan gol kedua Chelsea dan akhirnya membaeri kemenangan kepada Chelsea sehingga tamat permainan.

4. Ako seronok sangat kira terubatla luka kesedihan impak dari tersingkir dari Champions league kepada Barcelona walaupun Chelsea sepatutnye layak ke final namun kesilapan pengadil telah merampas peluang Chelsea ke final.

5. Dengan harapan musim depan Chelsea lebih kuat dan mantap so ble sapu sume silverware buat sejarah baru plak. Chelsea will Triumph.

Wednesday 20 May 2009

Layan lagu nasyeed nie..best gak...

1. Secara tak sengaja terjumpa lagu nasyeed nie kat YouTube...layan gak dengar lagu nie.

2. Penyanyi die Muhammad Al Husayyan tajuk Mawlay.

layan....



3.Best kan..hehe. Ako nak study nie exam tak abes lagi. Hehe harap sume berjalan lancar untuk ako dengan kehendakNya.

Monday 27 April 2009

Stamford Bridge Chelsea's Stadium.

1. Minggu lepas adalah minggu yang bersejarah buat ako kerana pertama kalinya ako meyaksikan perlawanan bola sepak English Premier League(EPL) di stadium. Yang paling best skali sebab dapat tgk dekat Stamford Bridge Chelsea's home stadium.

2. Terima kasih kepada miera sebab tolong belikan tiket and temankan skali tgk and thanks to odey as well sebab teman skali tgk. Ini adalah pengalaman yang best skali walaupun the game berakhir dengan seri tanpa jaringan.

3. Walaupun takda jaringan tapi ako yakin Chelsea akan menang dgn Everton di final Piala FA nnti hahaha. Pengalaman yang best sangat taktau nk express sebab selalu dapat tgk kat tv aje player2 chelsea nie. Tapi dapat gak tgk live hehe..dapatla tgk player ternama Lampard, Terry, Drogba, Anelka, Cech, Ballack, Essien hehe ble kata sumela player chelsea memang terbaik.

4. Esok plak Chelsea vs Barcelona Champions League semifinal...memang game yang ditunggu2. Tapi tgk kat tv ajela. huhu.... .CHELSEA THE CHAMPION.





Tuesday 21 April 2009

MOTIVASI...(Never Give Up Till its End)

1. Buat masa sekarang ini ako boleh dikatakan mengulangkaji modul2 untuk final exams ako. Memang rasa borink dan tensen sebab asyik teperap kat umah. Ditambah pulak dgn memikirkan saat2 nak mengakhiri tahun akhir ini memang resah ako.

2. Jadi nasib baik ako dapat video nie dari emel yang ako terima dan ianya dapat memberi ako semangat balik untuk terus berusaha dan tidak berputus asa. Oleh itu ako nak berkongsi video ini dengan kawan2 sekalian.

3. Ako rasa korang sume mesti dapat inspirasi baru lepas tgk video nie. Kalau tak 90% pun mesi dalam 20%-30% korang bersemangat balik nak lebih berusaha(bukan berusha :P).

4. Jadi korang layanla video nie dan teruskan usaha2 mulia anda semua walau di mana anda berada dan jangan mengalah hingga ke akhirnya.





5. Always Finish Strong.

Sunday 19 April 2009

TASK MANAGER Trojan..


1. Hmm baru2 nie ako ako punye laptop kene satu virus trojan after ako download sopcast. Then after ako clean up system buang trojan tue ako ingat dah setel. Namun malangnya trojan tue dah 'crash' ako punye 'task manager' and 'registry'.

2. Setiap kali ako tekan CTRL+ALT+DEL ako tak ble buka tab task manager ako. Ape yang kuar berulang kali adalah '' TASK MANAGER HAS BEEN DISABLED BY YOUR ADMINSTRATOR". Di sebabkan bengang dan tidak mahu berkesudahan terpaksa reformat laptop ako ini sebab sayang aku pun google mencari maklumat mengenai task manager troubleshooting.

3. Alhamdulillah akhirnya ako berjaya meng'enable'kan kembali task manager ako. Oleh itu post kali ini ako nak kongsi skit bagaimana kalau rakan2 sekalian terkena masalah macam ako nie.

4.Jadi kat bawah ini adalah cara2 yang perlu anda lakukan jika berhadapan dengan masalah ini. Terdapat tiga cara untuk selesaikan masalah ini. Cubala yang mana paling anda suka dan rasa paling berkesan. Untuk makluman setiap cara adalah dalam bahasa Inggeris kerana lebih mudah di fahami.

I) Cara 1.

Solution:

To Enable the Disabled Task Manager on your system

1. Press window key+r to show run prompt

2. Follow the following steps

  1. Enter gpedit.msc in the run prompt and click OK
  2. In the Group Policy settings window
  3. Select User Configuration
  4. Select Administrative Templates
  5. Select System
  6. Select Ctrl+Alt+Delete options
  7. Select Remove Task Manager
  8. Double-click the Remove Task Manager option’.
  9. Set the property of this item as disabled.

II) Cara 2.

1. open start >> run and type regedit

2. Navigate to the following path:

Hive: HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Policies\System
3. You will find a registry key with name DisableTaskMgr of type: REG_DWORD
4. Double click the key with and set the Value to 0

5. Exit the registry and restart to see the effect.


III) Cara 3 (The easiest way if you are not that sure what to do with the previous two methods)
1. Just go to this website http://www.taskmanagerfix.com/.
2. Download the software install it in your pc or laptop.
3. Then you are done. (you will get back your task manager again).

5. Begitulah cara2 yang ako dapat cari semasa ako nak betulkan masalah kat laptop ako. Ako cuba Cara 1 dan 2 tapi tak berkesan untuk laptop ako. Namun nasib baik jumpa cara ketiga mudah dan berkesan.

6. Sampai sini sahaja kali ini. Perlu ulangkaji untuk final exams Doakan kejayaan ako kawan2. AMIN.

Monday 9 March 2009

Maulidur Rasul.


1. Selamat menyambut Hari maulidurrasul kepada seluruh umat Islam di muka bumi Allah swt ini.


2. Sempena hari keputeraan Rasulullah s.a.w ini ako selitkan sedikit bacaan mengenai kelebihan2 dan kebaikan kita menyambut maulidur rasul ini. Artikel ini ako terima dari rakanku sebelum ini dan terdetik untuk membacanya pada sambutan maulidur rasul ini maka sama2lah kita berkongsi walau sedikit ilmu dari artikel ini.


3. Di bawah ako copy n paste skali lagi artikel mengenai kebaikan ataupun kelebihan bagi orang2 yang menyambut Hari Maulidur Rasul.



1. Maulidur Rasul yang jatuh pada pada 12 Rabiul Awal merupakan hari keputeraan Nabi Muhammad s.a.w (Sallallahu Alaihi Wasallam). Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala.


2. Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya.


3. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa yang membesarkan hari keputeraanku nescaya aku akan menjadi penolongnya pada hari kiamat dan barangsiapa membelanjakan untuk majlisku seumpama ia membelanjakan emas sebanyak sebuah gunung untuk agama Allah."


4. Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq Radiallahuanhu berkata: "Barangsiapa membesarkan Maulud Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, maka sesungguhnya ia akan menjadi temanku di dalam syurga."


5. Begitu pula As-Sirri As Saqati berkata: "Barangsiapa pergi ke tempat yang ada dibaca di situ Maulud Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam sesungguhnya dia diberi satu kebun daripada kebun-kebun syurga kerana dia pergi ke tempat itu tidak lain kerana cinta kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam." Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan.


5. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih. Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai.


6. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.


7. Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya. Jalalaludin As-Sayuti berkata: "Barangsiapa antara orang Islam yang dibacakan di dalam rumahnya Maulid Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, nescaya Allah Subhanahu Wataala akan menghilangkan dan menjauhkan kemarau dan kecelakaan, bala, penderitaan, kebencian, hasad, kejahatan dan kecurian terhadap ahli-ahli rumah itu dan apabila dia mati, Allah Subhanahu Wataala akan memudahkan dia menjawab akan soalan-soalan Mungkar dan Nakir dan dia akan mendapat tempat bersama orang-orang yang benar di sisi Tuhan yang Maha Kuasa lagi Maha Besar Kerajaan-Nya."


8. Beliau berkata lagi: "Tiada sebuah rumah atau masjid atau tempat-tempat yang dibaca di dalamnya akan Maulid Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam melainkan malaikat-malaikat melindungi ahli-ahli tempat itu dan Allah Subhanahu Wataala akan melimpahkan rahmat-Nya kepada mereka dan malaikat-malaikat yang berpangkat besar seperti Jibril, Mikail, Israfil mendoakan kebaikan bagi orang-orang yang menganjurkan dan menyebabkan adanya majlis Maulid Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam itu."


4. Maka sama2lah kita memeriahkan sambutan Maulidur Rasul maka sesungguhnya besar ganjaran yang akan kita perolehi.


Sekian, wasalam.


Saturday 21 February 2009

Mengapa Yahudi Bijak??Dr. Stephen Carr Leon??


1.Tertarik dengan artikel ini yang ako terima melalui emel teringin juga berkongsi bersama rakan2 yang lain. Walaupun semasa ako cuba buat kajian sedikit mengenai artikel ini untuk mencari thesis sebenar yang berbahasa Inggeris namun tak berhasil kerana tiada maklumat mengenai Dr Stephen Carr Leon ini. Ada juga sebuah blog yang ako baca membuat kesimpulan bahawa mungkin penulis ini tidak wujud.

2. Walau apa pun kandungan artikel ini begitu menarik untuk dibaca dan dikaji oleh kita semua.
Dibawah adalah kandungan artikel tersebut yang bertajuk 'Mengapa Yahudi Bijak' yang saya copy dan paste sahaja di sini.


Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya. Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran? Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin. Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain. Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak. Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan. Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam. Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!) Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara. Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti. Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen. Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah! Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar. Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak. Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!! Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri. Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato! Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.
“Why the jews so smart”
Dr. Stephen Carr LEON.


3. Apa yang dapat ako simpulkan disini mengenai artikel ini adalah terdapat beberapa elemen yang diamalkan begitu mirip dengan sunnah2 Rasulullah s.a.w. Contohnya seperti pemakanan dimana tidak digalakkan mencamppurkan daging dan ikan dan juga ibu yang menyanyi apabila mengandung dimana ibu2 Islam yang mengandung disuruh mengamalkan membaca surah2 tertentu(surah Maryam kalau tak silap).

4. Sistem pendidikan yang diamalkan begitu mantap sekali bagi melahirkan generasi baru yang bijak dan berdaya saing. Mungkin kita dapat mengambil iktibar disini supaya menerapkan kepada anak2 kita dan adik2 kita betapa pentingnya ilmu dan melatih mereka sejak dari kecil.

5. Merokok?Jikalau benar kajian mengenai rokok ini maka wahai perokok2 sekalian belajar2lah berhenti merokok. Bukankah merokok juga membahayakan kesihatan maka jauhila roko. Katakan 'Tak Nak' kepada rokok.

6. Maka kenalilah musuh zionis kita ini kerana mereka lebih mengenali kita dan setelah mengenali kita barulah zionis ini dapat memanipulasikan kita dan akhirnya menewaskan kita. Oleh itu sama2lah kita membina generasi yang lebih bijak, kreatif dan lengkap ilmu agama Islamnya supaya kita menjadi manusia bijak yang berakal.

Wasalam.

Thursday 19 February 2009

Perak Bergelora...




Aduhai Perak negeriku sedang bergolak sekarang. Sedih dan terkilan rasa hati ini kerana tidak dapat melakukan apa-apa selain daripada hanya mengikuti perkembangan semasa. Kerakusan peminpin2 tertentu di Malaysia nampaknya semakin menjadi2. Dari satu isu ke satu isu yang melanda digunakan pihak2 tertentu untuk mengambil kesempatan bagi memperoleh kuasa.


Apa yang berlaku di Perak amatlah mengecewakan perbuatan Adun2 melompat parti ini ibarat mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai wakil rakyat yang diamanahkan tanggungjawab bagi membawa perubahan yang baik untuk rakyat dan negeri. Apa yang dapat diperhatikan dari peristiwa ini pemimpin yang terlibat bagai lebih memntingkan jawatan dan kuasa mereka dari mnjalankan tanggungjawab mereka terhadap rakyat dan negeri.


Mereka semua sibuk berbalah antara satu sama lain bagi memperoleh kuasa dari sibuk menjalankan tugas. Keadaan ini pastinya mengganggu hal urus tadbir Perak yang pastinya melibatkan kerugian jika ada pihak terrtentu ingin melabur di Perak pastinya segala urusan yang memerlukan kelulusan kerajaan negeri akan tertangguh.



Oleh itu biarlah rakyat Perak yang menentukan siapa yang berhak memerintah Perak kerana rakyat lebih berhak memilih siapa yang mereka mahukan untuk memimpin mereka.
Diharap masalah ini dapat diselesaikan secepat mungkin bagi menjaga keamanan, kesejahteraan, kedaulatan dan kekayaan negeri Perak Darul Ridzuan.


Allah sentiasa berpihak kepada pihak yang benar. Moga kebenaran terbit juga akhirnya dan kemenangan berada ditangan orang2 yang benar.


'Ke Arah Perak Nombor Satu' dan 'Wawasan 2020'

BOIKOT....





Di kala kita semua bergembira dan tersenyum pada saat ini adakah kita masih mengingati apa yang telah berlaku pada saudara kita di Palestin baru2 ini. Umat Islam dan penduduk Palestin telah dizalimi dengan begitu kejam oleh pihak zionis yang begitu penuh dengan sikap kebinatangan membunuh, mengebom dan memusnahkan Gaza. Maka apakah yang mampu kita sebagai penduduk Malaysia terutama umat Islam di Malaysia lakukan untuk meringankan penderitaan yang dialami saudara kita di sana.



Adakah kita hanya mampu mengeluh dan lama kelamaan terlupa akan tragedi berdarah yang meragut ribuan nyawa di Palestin dan Zionis bebas begitu sahaja dari jenayah perang yang dilakukan oleh mereka ini. Jawapannya ada pada anda sendiri dan dizahirkan dari tindakan yang anda ambil untuk membantu saudara kita di Palestin dan dalam masa yang sama memberi pengajaran kepada zionis yang begitu biadap.



Jadi saya mengajak anda semua dan rakan-rakan supaya berdoa kepada Allah yang Maha berkuasa untuk meringankan penderitaan rakyat Palestin dan semoga kemenangan berpihak kepada Islam dan rakyat Palestin. Selain itu untuk memberi pengajaran kepada zionis yang biadap kita haruslah mem
BOIKOT barangan dan produk keluaran syarikat yang menyalurkan keuntungan mereka kepada Israel. Mungkin ada yang tidak tahu barangan apa yang kita perlu Boikot maka di sini ako akan cuba senaraikan beberapa produk2 yang perlu kita boikot bagi menyuarakan tidak puas hati kita kepada zionis.


Di bawah adalah beberapa senarai produk2 yang perlu anda boikot:

1. Mc Donald
2. Starbuck
3. Danone
4. Nokia
5. Burger King
6. Coca-Cola
7. Mark n Spencer
8. Johnson n Johnson
9. Revlon
10. Colgate
11. Nestle
12. Intel


Sebenarnya banyak lagi produk yang ada kaitan dengan Israel dan kalau hendak disenaraikan pasti tidak dapat disenaraikan secara total disini. Maka anda perlulah membuat kajian sendiri dengan segala fakta yang terdapat disini bagi kesahihan anda sendiri.



Mungkin ada yang berkata adalah mustahil untuk boikot semua produk-produk yang berkaitan dengan Israel dan zionis ini sedarlah anda bahawa jika ada kemahuan pasti ada jalannya jangan hanya megatakan mustahil sebelum anda berusaha melakukannya. Ingatlah bahawa walau sekecil zarah kebaikan yang kita lakukan pasti akan dicatit dan dibalas dengan lebih berkali ganda oleh Allah.



Tidak dinafikan mungkin disebabkan pemboikotan ini tidak mustahil mungkin saudara mara atau sahabat kita yang bekerja di syarikat berkenaan mungkin akan kehilangan pekerjaan namun sedarlah Allah itu pasti berada di pihak yang benar. Mungkin ada barakah dalam pemboikotan yang kita lakukan mungkin kerajaan akan membuka syarikat-syarikat alternatif untuk menggantikan syarikat yang diboikot ini. Melalui kempen Boikot ini juga dapat akan mengajar kita untuk lebih berdikari dan dalam masa yang sama dapat membantu kita berjimat dan menjaga kesihatan diri.



Maka marilah kita sama-sama memboikot produk-produk ini. untuk maklumat lanjut mengenai produk2 lain untuk diboikot sila klik link ini



http://www.inminds.co.uk/boycott-brands.html



Pilihan di tangan anda adakah anda hanya mahu berdiam diri sahaja atau mahu melakukan sesuatu untuk saudara2 anda yang tidak terbela kezaliman ke atas mereka.



'Bersatu kita teguh Bercerai kita Roboh'

Wednesday 18 February 2009

Introduction...

Lets begin this blog with the name of god (Allah) and hello to everyone. This blog was created by me so that I can speak out my opinion, giving information, and also tells some stories about the diary of my life. Even though before this I already had my blog but because of the lack of objective and direction in my previous blog, I decided to create this new blog.


By this I hope that this blog could realize my objective like people always said that we must always shoot at the moon but if we miss our target we might end up lies among the stars. The name of this blog is ‘Knowledge is Power’, thus hopefully I can share my knowledge and my thought through this beginner blog that I created. Well hopefully by sharing information and knowledge between all of us we can always be prepared in any situations.


Knowledge covered up a very large field and scope, therefore we as a human being it is compulsory for us to study and find knowledge to improve ourselves. Mastering the knowledge of life must be parallel with our capability to master the after life knowledge as well. Only by these we can be a real good thinker and always make an excellent decision in our judgment. In this blog I will try to provide various of information, knowledge and opinion so that we can observe certain issues and problems with larger perspective.


Until here for the introduction of my blog ‘Knowledge is Power’ and may be if I am bored I will share also with some of the new stuff I have done like travelling, working, seminar or marriage. My last word for this post is I wish that may only the best happen to me, my family, my friends and all the peoples live in this world.

Pengenalan...

Dimulakan dengan bismillah dan salam ako memulakan blog ini yang khas untuk ako meluahkan pendapat, memberikan maklumat, dan juga menceritakan perjalanan hidupku selama ako berkeupayaan. Walaupun sebelum ini ako ada blog tetapi tidak begitu jelas arah dan tujuan yang ako ingin sampaikan melalui blog yang tercipta.

Dengan itu ako cipta blog ini dengan harapan dapat merealisasikan apa yang dicitakan bak kata pepatah tembak ke bulan kalau tersasar insyaALLAH kita berada bersama bintang-bintang di langit. Dengan tajuk blog ini kalau dialihkan ke bahasa Malaysia yang bermaksud 'Ilmu itu Kuasa' maka hendaknya ako akan berkongsi sedikit sebanyak ilmu yang ako tahu dan berkongsi maklumat dan pendapat melalui blog yang tidak begitu matang lagi ini. Maka dengan berkongsi maklumat dan ilmu sesama kita mudah-mudahan kita lebih bersedia dalam apa jua keadaan.

Ilmu itu luas bidang dan skopnya kita sebagai insan manusia diwajibkan menuntut dan mencari ilmu. Menguasai ilmu duniawi perlulah beriringan dan berselari dengan penguasaan ilmu ukhrawi(akhirat) maka barulah pemikiran akan lebih bernas dan pertimbangan kita lebih tepat. Oleh itu di dalam blog ini ako masukkan kedua2 ilmu ini. Di dalam blog ini akan ada maklumat, ilmu dan pendapat yang pelbagai maka kita dapat melihat dari perspektif yang lebih luas mengenai sesuatu isu dan masalah.

Setakat ini sahaja pengenalan untuk blog 'knowledge is power' ini mungkin apabila ako bosan dan ingin berkongsi apa yang menarik ako dah buat seperti pergi bercuti, bekerja, kursus atau kahwin dan sebagainya pun ako sematkan dalam blog ini. Akhir kata semoga hanya yang terbaik terjadi kepada ako, keluargaku, rakan2ku dan seluruh umat manusia.