Friday 25 June 2010

Latest on Me...

Sudah begitu lama ako tak berblogging nie rasanya dah setahun blog ako nie tak hidup-hidup.
Bak kata orang segan mati hidup tak mahu or segan hidup mati tak mahu.
Sekarang ako dah selesai kursus KPLI dan juga KISSM so maknanya skrang nie ako menunggu posting di mana ako akan ditugaskan. Dalam borang aritue ako mintak penempatan di Perak negeriku yang tercinta untuk mengotakan permintaan emak tersayang. Selalunya permintaan ibu nie makbul so ako rasa ako memang dapat kat Perak tapi tak tahu kat mana ceruknye.

Life skang ok mesra aje walaupun duit kat bank dah merah tanda arasnye maklumla elaun dah tak dapat dah so menanti duit gaji ajela nie. InsyaAllah berusaha cari customer untuk Etiqa Takaful nie so kawan-kawan marilah menyokong saya dengan mengambil pelan Etiqa takaful dari saya.

Harap sangat tujuan blog ini untuk memberi ilmu dapat ako laksanakan terutama dalam bidang ako Matematik so at least dapat digunakan oleh bakal murid-murid ako nanti.

Ape pun skang nie sampai 12 Julai 2010 adalah musim demam seluruh dunia berada dalam demam iaitu Demam Piala Dunia. Maybe dalam post seterusnya ako sentuh pasal piala dunia tapi keputusan malam nie Brazil vs Portugal berkesudahan dengna keputusan seri 0 - 0 boring....:P...

Selamat ber World Cup.