Monday 6 June 2011

Persiapan Kawen..

Sedar tak sedar fasa kehidupan berlalu begitu pantas...dari zaman sekolah, Kolej, universiti, maktab hingga zaman pekerjaan sekarang sebagai seorang guru di SMK Batu Sepuluh.

Tapi sekarang dah nak kawen (walaupun ada 3 bulan lagi sebelum tarikh akad) hehe tak sabar nie tue yang tulis kat blog nie. Bermacam persiapan perlu disediakan dan disiapkan. Maka yang paling penting adalah duitla apa lagi..hehe..macam-macam nak kene beli nak kene tempah nak buat duit hantaran lagi.

Barang-barang hantaran setakat nie Alhamdulillah banyak yang dah beli cume dua tiga barang lg yang masih dalam pemerhatian, kain untuk buat baju akad nikah dan sanding dah beli cuma nak tempah aje belum..Kad kawen dalam proses nak tempah. Kene merancang Honeymoon lagi(penin2).

Kesimpulannye memang tak sabar nak kawen, syukur parents ako takda halangan ako nak kawen tahun nie jugak..:)..Selain persiapan material dan fizikal (yela badan nak kene jaga, kulit nak kene cun baru nanti masa kenduri nampak anggun :P) persediaan dalaman iaitu dari segi tanggungjawab sebagai suami nanti, iman yng mantap untuk menjadi ketua keluarga kelak. Hmm berat sgt memikirkannya tapi memang perlu pupuk dari sekarang agar dapat menjamin keluarga yang ideal kelak.

Lagi satu yang penting adalah menjana pendapatan yang lebih mantap bagi menghadapi keadaan semasa yang semuanya naik skang nie(gaji aje yg susah nak naik tue yg risau tue)..maka perlulah menambah pendapatan yang sedia ada. Peluang ada sekarang nie cuma perlu ditambahkan usaha..Harap-harap menjadi...doakan perancangan perkahwinan ako nie berjalan lancar ye semua..Amin.

Persiapan Perkahwinan

Nor Bazil Bin Md Nazri dan Zharif Nadirah Binti Zulkurnain

No comments:

Post a Comment