Tuesday 16 December 2014

Masa Berlalu

Pada pagi ini aku terdetik hati untuk menulis kembali di dalam blog aku yang segan hidup mati tak mahu ini. Tujuan dan niat asal mewujudkan blog ini seolah-olah telah terkubur sekian lamanya. Terlalu banyak kerenah kehidupan yang telah aku lalui sepanjang blog ini menyepi. Namun aku tidak menyepi dalam hidupku, kehadiran puteri kesayanganku Qisya pastinya menambah beribu seri dalam rencah hidup bersama isteri tercinta.

Selepas ini aku akan cuba untuk memuatkan bahan ilmiah di dalam blog ini terutama dalam bidang matematik dan juga sebarang ilmu yang wajar dikongsikan bersama. InshaAllah mudah-mudahan niatku ini dipermudahkanNya. Ayuh lakukan perubahan dalam diri untuk keluarga, masyarakat dan negara.

No comments:

Post a Comment