Thursday 19 February 2009

BOIKOT....





Di kala kita semua bergembira dan tersenyum pada saat ini adakah kita masih mengingati apa yang telah berlaku pada saudara kita di Palestin baru2 ini. Umat Islam dan penduduk Palestin telah dizalimi dengan begitu kejam oleh pihak zionis yang begitu penuh dengan sikap kebinatangan membunuh, mengebom dan memusnahkan Gaza. Maka apakah yang mampu kita sebagai penduduk Malaysia terutama umat Islam di Malaysia lakukan untuk meringankan penderitaan yang dialami saudara kita di sana.



Adakah kita hanya mampu mengeluh dan lama kelamaan terlupa akan tragedi berdarah yang meragut ribuan nyawa di Palestin dan Zionis bebas begitu sahaja dari jenayah perang yang dilakukan oleh mereka ini. Jawapannya ada pada anda sendiri dan dizahirkan dari tindakan yang anda ambil untuk membantu saudara kita di Palestin dan dalam masa yang sama memberi pengajaran kepada zionis yang begitu biadap.



Jadi saya mengajak anda semua dan rakan-rakan supaya berdoa kepada Allah yang Maha berkuasa untuk meringankan penderitaan rakyat Palestin dan semoga kemenangan berpihak kepada Islam dan rakyat Palestin. Selain itu untuk memberi pengajaran kepada zionis yang biadap kita haruslah mem
BOIKOT barangan dan produk keluaran syarikat yang menyalurkan keuntungan mereka kepada Israel. Mungkin ada yang tidak tahu barangan apa yang kita perlu Boikot maka di sini ako akan cuba senaraikan beberapa produk2 yang perlu kita boikot bagi menyuarakan tidak puas hati kita kepada zionis.


Di bawah adalah beberapa senarai produk2 yang perlu anda boikot:

1. Mc Donald
2. Starbuck
3. Danone
4. Nokia
5. Burger King
6. Coca-Cola
7. Mark n Spencer
8. Johnson n Johnson
9. Revlon
10. Colgate
11. Nestle
12. Intel


Sebenarnya banyak lagi produk yang ada kaitan dengan Israel dan kalau hendak disenaraikan pasti tidak dapat disenaraikan secara total disini. Maka anda perlulah membuat kajian sendiri dengan segala fakta yang terdapat disini bagi kesahihan anda sendiri.



Mungkin ada yang berkata adalah mustahil untuk boikot semua produk-produk yang berkaitan dengan Israel dan zionis ini sedarlah anda bahawa jika ada kemahuan pasti ada jalannya jangan hanya megatakan mustahil sebelum anda berusaha melakukannya. Ingatlah bahawa walau sekecil zarah kebaikan yang kita lakukan pasti akan dicatit dan dibalas dengan lebih berkali ganda oleh Allah.



Tidak dinafikan mungkin disebabkan pemboikotan ini tidak mustahil mungkin saudara mara atau sahabat kita yang bekerja di syarikat berkenaan mungkin akan kehilangan pekerjaan namun sedarlah Allah itu pasti berada di pihak yang benar. Mungkin ada barakah dalam pemboikotan yang kita lakukan mungkin kerajaan akan membuka syarikat-syarikat alternatif untuk menggantikan syarikat yang diboikot ini. Melalui kempen Boikot ini juga dapat akan mengajar kita untuk lebih berdikari dan dalam masa yang sama dapat membantu kita berjimat dan menjaga kesihatan diri.



Maka marilah kita sama-sama memboikot produk-produk ini. untuk maklumat lanjut mengenai produk2 lain untuk diboikot sila klik link ini



http://www.inminds.co.uk/boycott-brands.html



Pilihan di tangan anda adakah anda hanya mahu berdiam diri sahaja atau mahu melakukan sesuatu untuk saudara2 anda yang tidak terbela kezaliman ke atas mereka.



'Bersatu kita teguh Bercerai kita Roboh'

No comments:

Post a Comment