Wednesday 18 February 2009

Pengenalan...

Dimulakan dengan bismillah dan salam ako memulakan blog ini yang khas untuk ako meluahkan pendapat, memberikan maklumat, dan juga menceritakan perjalanan hidupku selama ako berkeupayaan. Walaupun sebelum ini ako ada blog tetapi tidak begitu jelas arah dan tujuan yang ako ingin sampaikan melalui blog yang tercipta.

Dengan itu ako cipta blog ini dengan harapan dapat merealisasikan apa yang dicitakan bak kata pepatah tembak ke bulan kalau tersasar insyaALLAH kita berada bersama bintang-bintang di langit. Dengan tajuk blog ini kalau dialihkan ke bahasa Malaysia yang bermaksud 'Ilmu itu Kuasa' maka hendaknya ako akan berkongsi sedikit sebanyak ilmu yang ako tahu dan berkongsi maklumat dan pendapat melalui blog yang tidak begitu matang lagi ini. Maka dengan berkongsi maklumat dan ilmu sesama kita mudah-mudahan kita lebih bersedia dalam apa jua keadaan.

Ilmu itu luas bidang dan skopnya kita sebagai insan manusia diwajibkan menuntut dan mencari ilmu. Menguasai ilmu duniawi perlulah beriringan dan berselari dengan penguasaan ilmu ukhrawi(akhirat) maka barulah pemikiran akan lebih bernas dan pertimbangan kita lebih tepat. Oleh itu di dalam blog ini ako masukkan kedua2 ilmu ini. Di dalam blog ini akan ada maklumat, ilmu dan pendapat yang pelbagai maka kita dapat melihat dari perspektif yang lebih luas mengenai sesuatu isu dan masalah.

Setakat ini sahaja pengenalan untuk blog 'knowledge is power' ini mungkin apabila ako bosan dan ingin berkongsi apa yang menarik ako dah buat seperti pergi bercuti, bekerja, kursus atau kahwin dan sebagainya pun ako sematkan dalam blog ini. Akhir kata semoga hanya yang terbaik terjadi kepada ako, keluargaku, rakan2ku dan seluruh umat manusia.


1 comment:

  1. aceh..da ada blog jgk..bagus2!!hehe..marilah kita sama2 menulis blog..hoho:DD

    ReplyDelete