Thursday 19 February 2009

Perak Bergelora...




Aduhai Perak negeriku sedang bergolak sekarang. Sedih dan terkilan rasa hati ini kerana tidak dapat melakukan apa-apa selain daripada hanya mengikuti perkembangan semasa. Kerakusan peminpin2 tertentu di Malaysia nampaknya semakin menjadi2. Dari satu isu ke satu isu yang melanda digunakan pihak2 tertentu untuk mengambil kesempatan bagi memperoleh kuasa.


Apa yang berlaku di Perak amatlah mengecewakan perbuatan Adun2 melompat parti ini ibarat mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai wakil rakyat yang diamanahkan tanggungjawab bagi membawa perubahan yang baik untuk rakyat dan negeri. Apa yang dapat diperhatikan dari peristiwa ini pemimpin yang terlibat bagai lebih memntingkan jawatan dan kuasa mereka dari mnjalankan tanggungjawab mereka terhadap rakyat dan negeri.


Mereka semua sibuk berbalah antara satu sama lain bagi memperoleh kuasa dari sibuk menjalankan tugas. Keadaan ini pastinya mengganggu hal urus tadbir Perak yang pastinya melibatkan kerugian jika ada pihak terrtentu ingin melabur di Perak pastinya segala urusan yang memerlukan kelulusan kerajaan negeri akan tertangguh.



Oleh itu biarlah rakyat Perak yang menentukan siapa yang berhak memerintah Perak kerana rakyat lebih berhak memilih siapa yang mereka mahukan untuk memimpin mereka.
Diharap masalah ini dapat diselesaikan secepat mungkin bagi menjaga keamanan, kesejahteraan, kedaulatan dan kekayaan negeri Perak Darul Ridzuan.


Allah sentiasa berpihak kepada pihak yang benar. Moga kebenaran terbit juga akhirnya dan kemenangan berada ditangan orang2 yang benar.


'Ke Arah Perak Nombor Satu' dan 'Wawasan 2020'

4 comments:

  1. benar kata-kata mu kawan.. kerajaan perak telah kembali kepada orang2 yang sepatutnya selepas 11 bulan.

    ReplyDelete
  2. Kenapa kamu berkata demikian. Adakah kamu pura-pura buat tak tahu siapa yang berpihak kepada yang benar? Seek the truth for your own sake my friend and others too.

    ReplyDelete
  3. salam saudara zhahil. sangat bertuah bertemu dengan blog saudara. gembira rasanya.

    1. bila orang BN lompat pari ke PR.. oh tak mengapa, bermoral, itu haknya nak lompat parti. tapi bila orang PR lompat ke BN, orang PR kata tindakan itu salah, tak bermoral, di mana pendiriannya?

    2.saya ada mengikut ceramah Anwar Ibrahim. di kawasan orang Melayu dia sembang lain, di kawasan cina sembang lain. rakyat takkan pemimpin talam dua muka.

    3. masa anwar dalam UMNO, oh semua bagus semua elok, ISA tak patut mansuh, bila di PR, oh UMNO semua rosak, ISA kena mansuh plak. sekali lagi tiada pendirian.

    4. PR ajar penyokongnya merusuh di jalan dan derhaka pada sultan. elok ke benda tu?

    5. dulu anwar ckp masa dia dalam ISA, kerajaan nak bunuh dia dengan asid dan virus HIV, tapi sampai sekarang hidup elok je panjang umur.

    6. sembang nak tubuh kerajaan, tukar tarikh banyak kali. sembang panas, habuk tarak.

    7. nizar tu. buat pengumuman nak bubar DUN sebelum mintak izin Tuanku Azlan. sepatutnya, kena mengadap tuanku dulu baru buat press statement pasal nak bubar DUN.

    8. terimalah qada' dan qadar Allah sesungguhnya tempoh pemerintahan PR di Perak 11 bulan je. saudara tak percaya qada' dan qadar ke?

    cukuplah. saudara semestinya orang yang baik. saya tau. saya hormati pendirian saudara. kalau saudara mahu terus di belakang PR dan Anwar, saya tiada masalah. Alhamdulillah, setakat saya duduk di bawah pemerintah kerajaan Federal BN, dengan izin Allah, tiada apa apa masalah yang kronik. saya harap kita dapat bersahabat dan bertukar - tukar pendapat. kalau saudara ada masa lagi, jemputlah datang ke blog saya lagi. lagi pun kita negera demokrasi dan hak hak kita dijamin oleh perlembagaan merangkumi Artikel 5 sampai Artikel 13 Perlembagaan Persekutuan.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas komen yang panjang lebar sekali lagi seperti yang dijangka. Saya tak mahu komen panjang lebar sebab bagi saya kalo hati tidak mahu melihat kebenaran gajah depan mata pun tak nampak kan?Cuma satu saja saya nak cakap mengenai sekolah dan universiti memang BN yang buat tapi come onla saudara dah 51 tahun BN memrintah logiklah kalau semua fasiliti ini diwujudkan BN. Takda sapa salahkan BN pasal ini kecuali mengenai ranking universiti di Malaysia sahaja yang menjadi isu sekarang ini.

    Terima kasih sekali lagi dan saya memilih untuk tak memanjangkan perbalahan yang mungkin tak berkesudahan ini.

    ReplyDelete